Friday, December 6, 2013

Jamuan Akhir Tahun 2013


                             " Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
                                             Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
                                                         Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"

Seperti kebiasaan, jamuan akhir tahun diadakan bagi meraikan pengawas-pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) tahun semasa 2013. Jamuan ini diadakan bertujuan memberikan semangat dan penghargaan kepada semua pengawas yang telah menjalankan tugas sepanjang tahun ini.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun dan para pengawas PSS telah menjalankan tugas masing-masing dengan jayanya. 

Bagi pengawas PSS yang lama, diharap dapat menjalankan tugas dengan penuh semangat bagi tahun 2014. Manakala pengawas tahun 6 yang bakal melangkah ke alam persekolah yang lebih tinggi, diharap dapat membawa imej yang baik serta menjaga nama baik sekolah 

Sekalung ucapan tahniah dan penghargaan buat semua barisan Pengawas PSS SKSBU 2013

 


Sunday, December 1, 2013

Sesi Pemilihan Pengawas Pusat Sumber SKSBU Sesi 2014


" Jangan sesekali kita meremehkan sesuatu perbuatan yang baik

walaupun hanya sekadar senyuman"


 Proses pemilihan Pengawas PSS yang baru telah dijalankan pada 13 November 2013 bertempat di Pusat Sumber SKSBU. Seramai 30 orang calon dari murid tahun 2, 3 dan 4 terlibat dalam saringan ini. 

Calon-calon perlu mengikuti ujian bertulis yang membawa markah sebanyak 20% dan sesi interview yang mewakili 80%. Pemilihan calon ini telah dilakukan oleh guru-guru kelas dan dibantu oleh guru matapelajaran.

Murid-murid yang terpilih akan dihubungi dan akan menjalani tempoh percubaan selama sebulan bermula Januari 2014.